Jawatan Kosong Pejabat Tanah dan Galian Selangor Oktober 2011

Jawatan Kosong DI PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR

Pemohon–pemohon adalah dipelawa daripada calon–calon ANAK NEGERI SELANGOR yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan di Pejabat Tanah dan Galian Selangor bagi jawatan seperti berikut :-
1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

SYARAT LANTIKAN
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred F29: P1T1 RM1544.86]; atau
  • Diploma dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred F29: P1T2 RM1611.41]; dan
  • Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara melengkapkan Borang PTGS/BKP-JK/2/2011 dengan menyatakan keterangan lengkap mengenai peribadi (resume), kelayakan, pengalaman dan menyertakan sijil – sijil berkaitan serta sekeping gambar berukuran pasport dan dikemukakan kepada :

Bahagian Khidmat Pengurusan
Pejabat Tanah dan Galian Selangor
Tingkat 4, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40576, Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
(u.p : Unit Perkhidmatan)

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN DAN BORANG PERMOHONAN : 


Tarikh Tutup Permohonan: 14 Oktober 2011

0 komentar:

Posting Komentar

This template made by PotolKontong